Coretan kecik

 Assalamualaikum,
   Jadi aq tk puas lg menaip, kali ni nak share psl kawan. ok kawan...ade satu jenis yg aq suka. jenis yg tk mudah dirampas.
Pergh! aku sgt suka type cmni serius wei kwn takpe beribu tp kwn rapat kite bile org lain cube rapat mesti kite rase cemburu kit tipu lah kalau tk kan. ok yg paling obvious kalau die mmg jenis yg suka rampas bestfriend org. kite perhati je. duk diam perhati ade 2 benda yg aku akan tgk. first; cubaan merampas/mgmbil perhatian si pelaku. kedua; respon kwn rapat aku . the best feelings ever kalau kwn rpt kite bg respon yg bleh buatkan kita rasa woah thats my friend. tindakan tu hanya org yg tk mudah dirmps je akn beri respon mcm tu aku nk ckp tk tau cemana. tapi aq dah pernah tgk depan mata aq lah n pernah rase that best feelings tu dan aq suke.

  Bile tgk pd sisi positif, semua org layak berkawan tk kira rapat dgn org ni ke org ni ke yg pnting semua kena ingat posisi msing2. Jgn buat perkara yg akan sakitkan hati kedua-dua pihak...angkara cmburu benda yg kecik pon boleh jd besar. ya aku tk suka org ade rase cemburu sbb aku tau betapa buruknya kesan tu kat kemudian hari nanti. cemburu aku takpe aku tahu kat mana n cara aq atasinya tp cmburu org lain aku takot manusie ade mcm2 muka n perangai. kalau ade rase nak sakitkan hati aku lebih baik menjauh dr aku, aku mgkin dh tk mampu kesakitan ni mcm dulu. okay assalam

Kem relasis

 Assalamualaikum,
   Setelah lame tk menulis akhirnya harini berkesempatan bkk blog n menulis kat sini... okay nak cerita sikit la psl perkembangan aku. Aku baru je balik kem relasis 6-8 oktober... mmg satu pglaman yg baru bg aq, mule2 mmg aq rasa nak balik je tk best tds jauh tp lame2 best jgk sbb dpt kenal dgn kwn2 baru...dr platun same yg sblm ni klu jupe tk tgur pon tp skrg ni adoi mcm kenal lame dah. Best sgt aktiviti cth mcm main prmainan yg fokuskan kerjasama, tnpa kerjasama mmg tkkan mnjdi la n kena denda la grup tu nsib kump kitorg tk kena hehehe. Pastu praktis kawad pns2 adoi aq cari jgk mase utk mndi tkleh weh peluh2 tk selesa nk landing pon tk sedap. tapi time mandi aq cepatkan durasi secepatnya la wlaupun aa tgk aq je yg bwk sabun g situ yg tu penting eh trademark wangi sentiasa psstt kdg2 je bsuk huahua.

     Then, balik kem tu ade plk tegur muke aq gelap lah kulit kering lah hmm biasa lah burn. aku g situ tk pkai sunblock naked face mmg lah . sbb tkdok sunblock hmm tk tau plok muke aq blh burn cmni allahu hrp la cpt recover..  dop selesa la bile org tgur gitu hm rse nak ngis. tipu je. tp.. ade la skit. ahh lupakan . ok part pling best masakan makcik tu pergh dap weh ni first time aq jupe kem yg masakannya sedap dhla asyik mkn je situ tp keselamatan mmg diutamakan. bagos2 pahtu aq rasa lepas balik kem aq rasa ade kelainan pd diri aq ke aq sorg je perasan. rasa mcm berani n yakin suara pon tk malu dh nak keluar huahua. okay pastu next sem kena masuk rela lg sbb aq nak baju pod die smart doh hahahaha. ok tu saje sekian... lain kli pulok menaip yee ;D

My lovely girlfie (hasmah)


   Why the good one always leave? Aku ade seorang kawan ni name die hasmah aku panggil semoh. So harini aku nak describe semoh hehehe

  First, semoh ni seorang yg sekepala dgn aku mmg gila2 dan boleh masuk dgn aku. First aku kenal die masa form 2 melalui teamlomo mase tu tk rapat mane pon apa yg paling melambangkan dia masa tu yg aku tahu ialah die ni kaki novel. Tegur pon pasal novel je hihi pastu form 3 tk sekelas. Naik form 4 sekelas lagi. Mase ni dah start rapat sebab die duduk sebelah yuyu, aku sebelah tirah. Kalau gi rehat pon same, menggila pon bersame

   The best about semoh ialah bile mood eksaited aku psl sebuah drama korea tu die pon sama eksaited the best is tgk muka die yg eksaited kalah aku huahua. Tapi mmg the best part ah pasal semoh bile bab story ni mu ingat tak pasal bigoongmama?? Weh rindunya. yg tak tahan tu bile citer pastu die pon tangkap scene citer tu then masing2 gelak pastu begitulah seterusnya sampai lah cg masuk. Tapi masa form 5 lah sebab mase tu mmg rapat. Time form 4 ni aku selalu ingat die ni emogirl sbb die kalau ngajuk mmg masam muke huahua sapa geng ni takot nak tegur semua pakat suruh gi tegur sape berani hihi sume tk berani tapi biase kejap je anginnya.

   Semoh ni jgk partner in crime. Dgn kerlingan mata je die boleh faham haha bagi isyarat acane pon faham. Mmg nakal la sebenarnya tapi bukan nakal yg menyakitkan hati org tapi menyenangkan hehe serious mmg gila geng aku tapi happening gila. Org yg tk tahu akan ingat grup aku bosan sbb semue nampak pendiam kecuali yuyu psssttt hahaha

    We had a sweet moment together bak kata tirah gedik2 manja kuang3 semoh la paling manja sbb die adik, kalau bergambar ramai2 lentok atas bahu aku haha aku senyum jgk depan kamera walau rase berat bahu haha kidding xD ok lagi psl semoh die ni suke pendam la tapi bila die luahkan dgn airmata sekali keluar she very strong girl tu yg aku suka pasal die yeah one more mata die sharp dr jauh dah blh nampak org

   Sekarang die belajar kat lain walaupun masih di negeri sama, tapi aku rasa tk lengkap bile die takde sbb kami saling melengkapi. Melengkapi yg org takkan faham, tapi aku si observer yg memerhati dalam diam akan rasa. Paling tk boleh lupa bila ade satu kejadian ni die tolong aku, mmg sampai bile2 aku ingat. Hmm harap walau kat mane pon die ade, die akan selalu gembira dikelilingi manusia yg positif yg akan bantu die bile die jatuh dan selalu buat die tersnyum. Tk fhm why die insecure dgn lesung pipit die tu haha. Semoga kita berjaya dlm bidang kite masing2..insyaAllah amien..akhir kata, jumpa lagi semoh bile mu cuti sem ni kite lepak huhu

Madinah and Vietnam Souvenirs Giveaway by Nafas Baru

Tekan banner untuk join

   Assalamualaikum harini join GA by nafas baru... hope im one of the lucky one contestant. Jom join untuk meriahkan giveaway ni sy bace sekali pon terus buat entry sebab menarik kot syarat die simple je, hadiah pula dari luar negara. bile lah nak travel abroad mcm sis ni sob3 insyaAllah one day hihi ni hadiah2 yg ditawarkan....
1. Shawl x 3 (2 Shawl Madinah, 1 Shawl Vietnam) 
2. Purse Kipling x 1 
Keychain Vietnam x 7
Due date : 28 Jun 2016 jam 11:59 malam 

SEGMEN BLOGLIST 2016 WILLYOU READTHIS

Tekan banner untuk join
Assalamualaikum, harini join segmen, saje nak membanyakkan blog post..banner die pon comel mestilah letak kat blog^^  jom lah kite meriahkan segmen ni ya!! So ni quote yg aku pilih, mmg aku suka quote ni sebab bagi inspirasi dekat aku hehe
"Its hard to stay motivated when you're confused. When you simply your life, it gathers focus. The more you can focus your life, the more motivated it gets. " 
"Its not that you cant, its just that you havent" 
"In your professional life, whatever it is, always be CURIOUS"
Tagging Session

Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE

*STICKY POST*



Hai semua! Hari ini kami Nalmr Blog dan SASSYROSE ingin jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama memeriahkan GiveAway yang kami adakan ini. Hadiah menarik akan diberikan kepada pemenang-pemenang bertuah. Kami dari SASSYROSE selaku penaja utama GiveAway ini.

SASSYROSE merupakan kedai muslimah online yang mula beroperasi dari tahun 2015 sehingga kini. Konsep SASSYROSE adalah untuk mewujudkan pakaian muslimah yang sopan, sederhana dan cantik untuk si pemakai. Jubah keluaran SASSYROSE adalah sangat selesa dan merupakan jubah murah 2016. Bukan itu sahaja, tunic dan top SASSYROSE juga pastinya dapat memikat para pelanggan untuk mencuba produk terlajak laris ini. Pelanggan juga boleh ke laman web kami di www.sassyrose.my untuk pembelian secara online dengan lebih pantas dan mudah.

Antara Produk Yang Hangat di SASSYROSE adalah : 

Jubah Bahyea - Jubah Bahyea diperbuat dari material bermutu tinggi Como Crepe dan dihiasi dengan panel French Lace. Terdapat 4 pilihan warna menarik yg pasti memukau iaitu Ruby, Turquoise, Emerald & Sapphire. Didatangkan dalam saiz XS, S, M, L & XL. Lebih menarik, jubah ini juga nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada dan lengan), mempunyai poket, patuh syariah (labuh & longgar), tidak jarang, mudah digosok, tidak mudah kedut, selesa & ringan dipakai

Olivia Tunic - Olivia Tunic diperbuat daripada high quality Material Satin Saluna (bukan macam Dull Satin ye) dan boleh didapati dengan 3 warna yang gorgeous;Teal, Purple & Burgundy. Tunic ini boleh didapati dengan saiz S hingga XL. Bukan itu sahaja, Olivia Tunic juga nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada dan butang di hujung lengan), kain sejuk, boleh dipakai casual @ formal, 2 poket sisi kiri kanan, patuh syariah, tidak jarang, tidak stretchable, selesa & ringan dipakai

Nadine Tunic - Nadine Tunic boleh didapati dalam 4 pilihan warna iaitu Emerald, Sapphire, Turquoise & Ruby. Diperbuat daripada high quality Como Crepe dengan FREE SIZE from M up to L. Nadine Tunic juga merupakan nursing dan wudhu' friendly (zip sorok di dada), poket kiri dan kanan, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), tidak jarang, tidak stretchable, mudah digosok, tidak mudah kedut, selesa & ringan dipakai.

Qamila Top - Qamila Top diperbuat daripada high quality Moss Crepe dan boleh didapati dengan 3 warna menarik;Camel, Brick & Moss Green. Nursing dan Wudhu' friendly, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), material berat & tebal (tidak perlu inner baju), design sesuai untuk semua jenis badan, sejuk dan flowy

Kebaya Kardigan - Kebaya Kardigan direka dgn fungsi 2 in 1 boleh digayakan sebagai kebaya untuk majlis formal atau sarungkannya bersama t-shirt anda untuk gaya santai. 4 warna menarik;Camel, Brick, Black & Moss Green. High quality Moss Crepe dengan FREE SIZE from M up to XL, Nursing dan Wudhu' friendly, patuh syariah (labuh hingga ke lutut & longgar), material berat & tebal, design sesuai untuk semua jenis badan, sejuk dan flowy



Testimoni daripada pelanggan kami : 



Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Like facebook penaja.
SassyRose
Nalmr Blog

2. Follow instagram penaja.
SassyRose
Nalmr Blog

3. Follow Blog penaja
Nalmr Blog

4. Buat satu entry khas dengan tajuk 'Giveaway NALMR BLOG featuring SASSYROSE'

5. Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.

6. Share/Ping artikel anda samaada di Babab.net, Facebook Personal anda, Fanpage, Facebook Group lain atau Google +. 
7. Tinggalkan link entry anda di bahagian komen ini. 

Tarikh tutup pada 11 Jun 2016 jam 11.59 malam.


SENARAI HADIAH PEMENANG

Produk dari SassyRose x Tempat Pertama
Produk dari SassyRose x Tempat Kedua
Lyna Shawl by Alyachan.co x Tempat Ketiga

Pemenang dipilih secara random

Semoga berjaya semua.. Terima kasih

p/s : SORI CODING PANJANG PULAK . Selamat mencuba. Rajin rajin tag kawan ok?
Tagging time http://reflectionoflife12.blogspot.my/ http://www.leyayeolly.com/ http://liezamustafa.blogspot.my/

Hero anime yg paling aku suka, Irie-Kun!!

 Assalamualaikum dan hai,
  Harini aku nak cerita pasal watak anime dalam itazaru na kiss, irie naoki!!! Waaa eksaited bukan apa sebab citer ni best dan karakter irie tu aku suka. Ok highlight punya karakter die ni ego gila, serius lah mmg ego tapi best tengok bila watak  anime puan tu marah dekat die...reaksi irie-kun macam tkde perasaan lah. Dia suka dekat puan tu tapi dia tk cakap pon sebaliknya dia buli puan tu. Tapi buli dia berguna lah jugak sebab puan tu struggle dalam exam sebab dia. Even untuk daftar perkahwinan pon dia cakap yg dia akan daftar kalau puan tu dapat keputusan cemerlang blabla padahal dia mmg dah daftar pon hiks. Then antara part yg best masa graduate dari high school, so untuk raikan tu buat lah party. sebabkan dorang kelas yg berbeza tapi buat party dekat tempat yg sama *kebetulan. mmg masing2 kutuk sesama sendiri la. Tapi part yg best bila kotoko si heroin tu pertahankan kelas die pastu die lari....irie pon kejar die pastu kotoko cakap yg die dah give up, taknak dah suka dkt org ego mcm irie ni...pastu irie pon cakap kat kotoko "awk tk boleh sukakan lelaki lain selain sy" aduh org kat luar ni omg omg pastu die pon kiss puan tu damn pastu boleh pulok die jelir arghh irie ni sengaje die buat gitu supaya puan tu tk lupakan dia. Kotoko sampai terpaku terduduk. Jahat la rasanya masa tu mmg die dah start sukakan kotoko-chan

   One more lagi aku suka watak irie ni die protective, kiranya ego die pon still dia care sangat pasal kotoko, masa kotoko sesat dalam hutan dia cari kotoko sampai jumpa. Muka dia mase kotoko hilang tu risau gila, pastu bila jumpa happy kemain terus aura sweet keluar wowoo irie ni bijak, bace sekali pon masuk dah dalam otak so jenis cepat belajar lah karakter die mmg berbeza dgn kotoko tapi still dia pilih kotoko sebab dia percaya masalah yg kotoko timbulkan tu buat hidup die lagi interesting sebab hidup dia bosan asyik belajar je sampailah bila kenal dgn kotoko semua tu berubah asyik membuli je keje suke buat kotoko ngamok muahaha citer ni aku suka sebab tk bosan, buat kita crave more and more.... nak tahu apa yg berlaku seterusnya padahal yg utama nak tengok irie je hahaha xD cerita ni ade versi anime, taiwan, korea(playful kiss) dan cina pon ade rasanya. Playful kiss dah tengok, kim hyun joong berlakon mmg jadilah buat coldface haha memang irie ni die jarang senyum tapi bila senyum comel gilaa. sesuai la dgn kim hyun joong tu. Tapi mmg serius perangai irie ni kadang rase nak tumbok pon ade, die macam tk hiraukan perasaan kotoko tapi bila time sweet, sweet gila. haish susah la nak describe perangai ko ni irie-kun

   Masa die honeymoon pon ade pompuan ni duk gode die, biaselah org hensem kan. tapi pompuan tu dah ade suami tapi suami die ni jenis introvert. Then, irie ni macam layan lah pompuan tu haish kotoko ni jeles gila pastu masa pompuan tu berlakon sakit, irie ni doktor so mmg naluri die lah nak bantu org ingatkan pompuan tu sakit betol. Last tahu yg tipu mmg marah la irie tu, mase tu kotoko lari dah sbb cemburu tengok irie pegang puan tu sbb nak check. Irie pula menambah perisa dgn cakap kat kotko yg awak kena faham la sebab awak berkahwin dgn seorang doktor menagis kotoko aku pon turut emosi sekali huahua. Suami pompuan tu marah sgt, terus menunjukkan sisi lain mase tu la baru pompuan tu sedar yg suami die pon amazing huhu pastu yg penting mama irie ni sporting yg amat, anggap kotoko ni macam anak perempuan dia sendiri. biasa kan watak mak hero ni jahat tapi yg ni lain mama die sporting. takleh blah pakaikan irie-kun pakaian perempuan mase kecik dan tunjukkan gbr tu kat kotoko, so kotoko jadikan sebagai secret weapon huhuhu yuuki je tk suke kotoko mule2 tapi lame2 baru die faham why abg die suka kotoko. Yuuki ni ala2 watak gu jun pyo lah comel sangat. Apepon lame dah aku tengok citer ni ade banyak lagi part yg best2korang tengok lah ya, itazaru na kiss!! <3 selamat melalui macam2 fasa perasaan, hihihi

so awkward but cute <3

Update* Naoki quotes 

Better than revenge

     Sejak akhir ni, aku mcm lost. being a badass, aku jadi teringat balik yg org buat kat aku, memang aku tk pernah nak ingat even benda yg memalukan pon aku buat aku boleh flashback tapi tanpa perasaan. Tapi, yg org lukakan hati aku ni bila aku ingat balik, aku jadi semacam rasa nak balas perbuatan mereka. Aku tk tahu, mungkin faktor iman senipis kulit bawang. Bila dah balas tu, aku rasa craving satisfied. Maksud aku, bukannya aku balas dendam dgn sengaja even bukan balasan dari aku, aku tengok aku rasa puas. Sebab itulah apa yg aku rasa, die pon dah rasa so boleh aku jalani kehidupan dgn perasaan kita seri bro. Org kata memaafkan itu mudah tapi bagi aku memaafkan mmg mudah tapi untuk melupakan tu payah. Ini bukan masalah relationship, ini cuma untuk org yg suka buli kaum lemah. Bila org tk care hal die pon die boleh nak pick on sebab dia tahu org takkan balas dan dia rasa bangga dapat buli insan lemah. Satu lgi dia ingat harimau yg tido tu terus tido, dia ingat harimau tk mengaum tu kucing. Sebenarnya aku rindu aku yg dulu... Kalau org tk sakitkn hati aku banyak kali mungkin aku masih mcam dulu percaya yg semua org baik. Teringat bila org buat dekat aku, aku senyum je serius senyuman tu mula2 mmg nampak like nothing happen tapi bila tengok pdngn org yg tengok macam kesiannya makhluk ni, aku jadi kesian dgn diri aku tak lawan pon. Sedih sebab tk boleh nak pertahankan diri sendiri tapi bila tengok wrestling, aku dekat luar ni mmg terbayang aku lawan makhluk tu siap dgn action lagi tumbok2 kaki pon bergerak huahua

   Thats why aku sgt suka tengok org yg pertahankan diri dia, aku pon nak jadi seperti itu dong. Even aku tak tahu bila saat aku akan meledak, ade masa yg aku tkleh control tapi setakat ni aku jaga etika aku, aku juga fikir kalau dpn org ramai takkan nak buat perangai, so shameful. Sebenarnya org suka buli org ni dia lemah. Dgn cara tu, org takkan buli dia. Luaran je nampak kuat tapi dalaman lembut gila. Tapi ada org mmg semulajadi poyo, rasa overconfident about themself dan mungkin sebab nak jadi center of attention who know. Thats why juga bila aku tengok dorg, aku rasa kesian mungkin aku lemah tapi dorg lagi lemah tapi pretend kuat kan but still dah kita sendiri pernah rasa takkan nak biar org rasa kesakitan tu. Bumi ni perlukan org yg positif org yg boleh spread kasih syg dari benci membenci yg tiada kesudahan ni. Tapi org yg dah pernah buat aku rasa kesian dgn hidup aku, dah buat aku rasa dizalimi, tipu aku pasal komputer(ade cerita), mmg aku tak boleh lupakan kecuali dia minta maaf dgn ikhlas atau berubah dah jd baik atau dpt balasan setimpal okbai. You dont know how long it takes to forgive what they do when they not even apologize, someone whom doesnt even realise what their fault but you whom been hurt forgive them anyway. Its hurt mayn, damn hurt. But now everything is come at the right place. Think positive, stay positive that is why im still smile even lot of things i go thru u who doesnt know me, get to know me before u judge me. 

Tips kemas bilik my style

simple but nice
      Assalamualaikum, readers..
harini aku nak share tips cara nak kemas bilik, best sangat kemas bilik ni especially bila dah siap, rasa happy tengok effort yg kita buat tu lagipun tu bilik kita ni tips untuk kemas bukan decorate ye.
Firstly, aku akan kemas katil  dulu sebab bila kita kemas katil dulu, kita akan jadi semangat nak kemas yang lain ni fakta yg aku baca. Pastu aku akan ambik baju yg tergantung dalam almari dan kemas almari tu lap segala habuk. Bila dah siap, gantung balik. Baju pon make sure dah cantik berlipat. Ok settle part tu. Aku akan kemas barang2 kegunaan harian pulak part ni lah best susun2 macam2 style dah buat sebab bosan kalau style same. Fail, buku, kotak2 semua kena la bersihkan check tengok kut ade telur lipas biase memang ada lah kalau lama sangat tk kemas.
PURPLE LOIKEE
   Ok, bila dah beres barang2 kat situ, rasa macam nak siap dah sebab situ la banyak kena kemas. Pastu meja study. Ok kalau meja study ni kemas buku2 jelah lap habuk juga, susun ikut tempat dia yg penting nampak cantik dan kemas. Mostly kat meja study aku banyak kertas kajang yg ade nota tapi nota pon yg malas2 so kena tengok betul2 kot ade benda penting. Biasa kat situ la banyak penggumpalan kertas buat drama kejap pastu buang dalam tong sampah. Banyak la nak kemas kat bahagian ni so bila dah lepas bhgn ni dgn yg almari pjg tu aku rasa lega dah. Masa ni dah start berpeluh sebab bilik aku panas, jarang bukak tingkap.
boleh try style ni framekan quote anda 
   Ok ada satu tempat untuk aku letak majalah, majalah Remaja lah banyak. Kat situ jugak aku letak fail2 lama, kertas2 zaman tok kaduk, buku log hmm sayang nak buang why oh why. Boleh tahan bersih buku nota zaman dulu, nampak sgt malas buat nota skrg dah rajin ya hahaha. Tempat ni paling senang nak kemas, lap gitu2 jer sebab tak sepah, kurang berhabuk. Ok beralih pada tempat gantung baju, baju2 nak gi sekolah tudung,baju untuk pakai esok, tuala n so on yg ni pon kaedah sama. Buang semua, lap pastu gantung balik lagi cantik kalau hanger tu seragam wakaka serius eh
sape suke HK angkat tangan huhu
   kipas pula senang sangat berhabuk kan yg ni macam biase la cabut pastu sembur2 banyak pastu lap sesedap rasa gosok sampai berkilat pastu rasai kelajuan yg melenakan tido. Take time, lepas dah siap habuk tu aku ambik kaup dgn tisu settle part tu. Pastu buang sampah dan ganti plastik baru. Then, sapu sampai tk nampak bayang habuk pon sambil nyanyi lepas tension, lepas dah siap mop dgn gembira sbg meraikan kejayaan aktiviti hahaha final touch kita sembur febreze downy memang wangi banget seyh. sembur katil, langsir, meja study, sembur je asal jgn sembur kat diri sendiri.
dah lama cari cadar zebra stripe ni 
     Ok itu sahaja, perkongsian huda, biasa je kemas2 ni senang sgt makan masa 2 jam paling lama tapi kena ada mood lah nak kemas whole package ni. Maaf takleh share gbr bilik so ignore perkataan "ok, pastu" yg banyak hahaha byee assalam

My favorite quote from kdrama #Part1



Wordless Wednesday

 "Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya."(HR. Al-Hakim)

Lirik lagu hati hati - Amira Othman


Ada dua jalan cerita
Duka atau bahagia
Mahu pilih yang mana
Lekas, aku mahu jawapnya

Jaga kau hati-hati
Takut ia dicuri
Kelak nanti kau kan patah hati
Mungkin akan terjadi
Tapi masih tak pasti
Harap engkau mengerti

Lihat pada indah bulan bintang
Namun hilang bila tiba siang
Dan kerna itu ku rasa bimbang
Untukmu cintaku

Angin buaikan rasa rindu
Tapi tak seperti yang selalu
Dan kali ini ku biarberlalu rasaku

P/s: Biar betol masa aku tengah taip ni aku baru je lepas nampak lipas terbang! Argh! Nasib dah mendarat fuh. So aku share lirik ni sebab aku tkleh move on dgn lagu ni dan suara amira othman ni sedap la weh sebelum ni dgr kat radio tak tahu tajuk memang mantap la vokal im in hati-hati mode

Giveaway Spicy Ramen Challenge By Bajuwarnacoklat & Sponsor

     Assalamualaikum dan selamat malam,

Tadi check cbox tengok kena tag dengan leya, thanks leya. Okay GA ni dianjurkan oleh blogger pemes, Rrai. Hadiah die Samyang noodle aka ramen alaa yg tengah letop tu org duk buat challenge maggi ni lah uolss. Ade dua jenis merah dgn hitam tapi paling glam hitam la pedas luar biasa wakaka. Pedas gila tapi sedap kan kalau yg suka makan pedas tu konfem sukewww pastu boleh buat drama air mata jangan lupa sediakan susu takpun air mineral banyak2 ye untuk safety so semua syarat dah ikut tagging time pulak ye tengok sape yg kena tag. Tak saspen pon ahaks :p

Tagging Time 

Rasya (http://nurul-rasya.blogspot.my/)
Zulayka (http://saiyapunya.blogspot.my/)

Jom kite memeriahkan giveaway ni ye!! 

KAWAN BAIK BOLEH JADI DISASTER? OPSS

  Assalamualaikum semua, harini aku nak cerita tentang kawan. Sikit je lah, tetiba datang idea, first sekali jangan kita beritahu kelemahan atau kelebihan kita pada mereka. Kelemahan sebab org boleh guna tu untuk jatuhkan kita terutama sekali org yg paling kita takut dia akan khianati kita, kawan baik. Then, kelebihan pula sebab mnusia ni mmg ada rasa iri sedikit tapi bkn semua la sesetengah je. Jadi, kalau die tahu pon biar dia sedar sendiri kelebihan kita jgn kita cerita dkt dorang. Pasal cerita cinta, adoi ni pon satu masalah. dah memang kita suka kan nak share tentang perasaan kita dgn seseorang, bukan nak menunjuk ke apa tapi mmg perempuan mmg suka gossip n judging hahaha. Tapi, kalau jenis yg meluat pon die tak tunjuk kat depan tu la scary, patutnya jujur dan cakap direct dgn kawan tu slow talk dgn dia yg kau tk suka bila cakap psl cintan.

   Tapi serius eh, pasal kawan yg gunakan kelemahan kita utk jatuhkan kita mmg perkara yg sukar dimaafkan. Bukan apa tau seseorang yg ada kelemahan mmg dah die sakit n kena redha la sbb dah mmg takdir dia, then dia nak kurangkan beban dia dgn cerita dekat org yg dia boleh percaya tup tup org tu pulak pegi viruskan. Hati die mungkin berderai hancur bila tahu daripada org lain. Orang yg pernah rasa pasti akan faham. One more, bila kita tahu kawan kita suka dekat seseorang, hormati la perasaan mereka. Tolong jujur kalau korang pon suka dekat org yg sama. Mana tahu kalau perasaan korang tu lebih deep dr kawan korang so boleh la dia give up cari org lain slow talk dengan dia. Tapi kalau mmg dia suka dan orang tu pon suka dekat dia, awak mengalah la mungkin bukan jodoh awak. Ada org yg lebih baik untuk awak nanti. Lagi bagus sis dari korang berniat nak rampas org yg kawan korang suka tu, ada aku baca dekat novel ni pasal 2 org kawan ni rapat kemain bestfriend forever kononnya tapi masing2 suka dengan org yg sama. Si A tu mmg jenis susah nak bercinta, tk percaya cinta tapi jatuh cinta dkt org yg B tu suka. A tak pernah tanya siapa B suka dan B tk pernah tahu pasal hubungan A dgn org yg dia suka tu. Bila dah tahu, dia mmg berdendam la sampai berniat nak cederakan kawan A, sedih gila novel tu. Ending dia mmg la happy but still take time to heal bila fikir tergamak kerana seorang lelaki, persahabatan boleh terlerai sekejap. A tu maafkan juga si B tu . Dekat real life pon aku rasa ada masalah camni, thats why la kena share jangan pendam apalagi melibatkan hati dan perasaan. Kalau duit, seseorang boleh jadi monster, pasal cinta mungkin boleh jadi demon hahahaha

    Pasal kepercayaan, bila dah dapat kepercayaan dari seseorang, hargailah jangan hancurkan kepercayaan dari seseorang. I trust you lagi berharga I love you sebenarnya. Kau boleh percayakan orang tanpa suka dia, tapi boleh ke cintakan seseorang tanpa elemen kepercayaan? The truth is, memang susah kot nak percayakan orang. Someone said percayalah pada diri sendiri, sekurang-kurangnya org yg mengkhianati kita tu diri sendiri kalau nak recover pon senang tapi bila org yg kita sayang ...kita percayakan dia.... tapi dia kecewakan kita memang perasaan tu sukar nak digambarkan dgn kata-kata. Tak payah la dedah banyak sangat psl kita dekat orang, biar dia surprise sendiri. Bukan apa, masa kawan dia zeeep mana tau bila dah tk kawan kan boleh pula unzeeep. Alhamdulillah, setakat ni kawan2 aku mmg aku hargai walaupun aku tak tunjuk, bila aku share cerita dekat dorang aku rasa lega, aku tambah sayang dkt dorang. Memang aku susah percayakan orang tapi aku still nak percaya yg aku boleh percayakan dorang sebab tu aku cerita, Kita tak boleh nak agak perangai orang, namun hiduplah dgn buat baik dengan orang asalkan dia tak cari pasal dengan kita. Sebenarnya, its okay memang dalam dunia bukan semua org yg sukakan kita sebab kita pon bukan suka dekat semua orang. So, kalau tak suka, just ignore saje jangan berlakon baik. Aku lagi suka macam tu daripada org yg cakap baik kat depan, kita pon baiklah juga dgn dorang. Tapi one day kita tau yg dia berlakon je, belakang tu rancak business pasal kita. Kalau aku, memang aku akan rasa dia tak layak pon terima layanan baik dari aku walaupun masa tu aku ikhlas, lepas dah tahu mmg aku jadi ignorant ppl, baddest than ever dekat hang tak bertuah tu.

    Aku tulis ni pon untuk ingatkan diri aku juga, saling mengingatkanlah. Maaf kalau ada yg tersinggung tak tuju dekat sesape pon. Thankyou baca sampai habis yer ;D Oklah sampai sini je menaip. Assalamualaikum...

Kemahuan sendiri vs paksaan sekeliling

Assalamualaikum semua, harini aku nak cakap pasal kemahuan sendiri vs paksaan sekeliling. Paksaan sekeliling pon boley k hahaha. Ok kemahuan sendiri dulu, Apa maksud kemahuan? Kemahuan merupakan tenaga penggerak yang berasal dari dalam diri. Dorongan dapat juga dikatakan sebagai kehendak yg terarah pada tujuan2 tertentu. Selain itu, kemahuan datang dalam dari diri dalam manusia yg diarahkan pleh fikiran dan perasaan hengkorang sendiri. Kemahuan juga kekuasaan untuk memimpin diri sendiri sehingga seseorang tersebut boleh putuskan sesuatu keputusan. Dah faham? ok good. Alright, bila kita nak buat sesuatu keputusan kita akan berada di satu persimpangan jalan yg senang dan sukar. Jalan mana yg korang akan pilih? Kebiasaannya mesti lah nak shortcut kan tapi mostly orang yg hebat2 dia akan pilih jalan yg sukar sebab benda yg pahit dia lalui sepanjang perjalanan tu mengajarkan sesuatu bernilai, cabaran2 tu mematangkan diri dan memberikan hakikat sebuah kehidupan yg sebenar jauh dari fantasi alaa  macam dalam cerita anime.


   Ok sebenarnya aku tak pandai nak cakap secara fakta aku ketandusan idea sebenarnya aku nak mengarut jerr boleh. Kalau pasal kemahuan ni aku memang selalu ikut perasaan dalam diri aku. Orang tak boleh nak paksa aku buat apa aku tak nak. Memang kemahuan win la tapi aku bertindak tak ikut kemahuan depend on situation la huhu most of the time aku ikut perasaan aku sendiri. Contoh kalau aku plan nak pergi umah kawan aku, aku boleh bersiap tapi bila datang rasa tknak pergi for a certain reason aku tak pergi juga. so, kawan aku merajuk dgn aku dan aku dilanda rasa bersalah hello ingat aku tk rasa bersalah ke? :( Aku dahla fail bab memujuk huhu xp

   Contoh lain, aku tk boleh org paksa aku memang tk boleh. Aku nak buat sesuatu memang sebab aku nak buat, kalau sebab org paksa jarang yg ikhlas dan bersungguh-sungguh aku buat. Haish bunyi macam gila tapi tu ah kalau org paksa ni aku jadi stress rasa nak ngamok pon ade. Tapi kalau paksa untuk kebaikan aku takpelah tapi kalau paksa semata-mata untuk kepentingan dorang sendiri no way k. Then, bila ikut kemahuan sendiri kita akan rasa happy n tk bosan buat tambah lagi aku ni jenis cepat bosan haish takleh aku buat benda sama. Benda yg boleh buat aku tk bosan memang aku appreciate even little things,  okay ni tk melibatkan manusia sebab aku taip 'benda' ceh nak juga.

  Hmm, paksaan sekeliling tu apa lah aku hentam kromo je tapi benda yg aku terfikir based on experience mean org desak kot. haa contoh bila kena present kat depan padahal korang tak bersedia langsung atau cikgu nak orang volunteer baca sajak, puisi ke apa pastu kawan2 duk mensi nama korang kononnya awak yg minat bab sastera cenggitu nampak pendiam je padahal tk pon. Mestilah korang nervous kan bagi yg konfiden bercakap tu lain citer tapi yg introvert ni hadap la impaknya yelah sebab bukan kemahuan korang lain la tetiba korang angkat tangan nak jadi volunteer kan. Ade banyak lagi contoh tapi tak datang pula idea sebab mak aku beleber pasal gelas banyak kat dalam bilik aku, not my fault adek aku tu suka sgt buat masuk air sebab bile pagi2 dia dahaga n tk sampai nak bukak suis lampu btw die umur 7 tahun hmm..(start hmm, abis dgn hmm)

  So, sampai sini je menaip bosan n mengantok do, penat gila orientasi sebab dgr cikgu2 beri taklimat tapi ade sorang cikgu tu bila dia bercakap semua org dalam kelas termasuk aku mata segar bugar sebab lawak slumber macam mark adam. ok bye! Assalamualaikum :)

P/s: Aku tk suka do benda blogging dibawak ke luar, dalam real life maksud aku. Just mind your own business for those whom know me.

Mini Segmen by Syaidah Seha

Tekan banner untuk join! 
 Assalamualaikum, harini huda join segmen, first time ni harap murah rezeki..amien..then korang join la segmen ni sebab menarik hadiah die yg paling penting dapat merapatkan ukhwah antara blogger. 
lets cekidaut syarat2 nak join mini segmen ni okay

1. Buat entry bertajuk "Mini Segmen by Syaidah Seha" dan backlink ke entry ni.
2. Follow blog Syaidah Seha
3. Tinggalkan link entry di ruangan komen ini.

Hadiah :
Topup RM10 (2 pemenang)
Bloglist (5 blog)
Blog Review (5 blog)

Segmen bermula pada hari ini 6 April 2016 hingga 6 Mei 2016.

Pencarian Pertama Kali Bloglist by DyaNadia Reza

Klik banner untuk join!

Assalamualaikum dear fellas... jom kite tengok syarat contest ni okay

Syarat Penyertaan Pencarian Bloglist :
1. Follow blog Nadia 
2. Buat simple entry "Pencarian Pertama Kali Bloglist by DyaNadia Reza
3. Jemput kengkawan maya @ tagkan sekurang-kurangnya 2 blogger lain
4. Copy Banner dan linkkan kepada post ni.
5. Tinggalkan link entry kat ruangan comment di bawah.

Tag 
Aina Yazid
Thezofiroh

Harap jadi org yg bertuah hehe ! Jom kite meriahkan contest ni! Anneyong^^

Wordless Saturday

"Be thankful for what you have; you'll end up having more. If you concentrate on what you don't have, you will never, ever have enough.Oprah Winfrey

Random Talk

 Assalamualaikum,

Rasanya dah lama aku tinggalkan dunia blog tapi sekarang aku kembali wohoo kegilaan sendiri. Ok kelmarin birthday aku. Aku rasa gembira bila dapat long wished dr besties aku. Sometimes, aku ni emotional jadi aku menangis pagi buta sebab terharu oh benci tapi sayang gila dkt korang yg mengingati tarikh tu. Alhamdullilah dan terima kasih sebab doakan yg baik2 utk aku serius appreciated.

  Ok, aku baru berapa bulan tinggalkan school life tapi aku dah rindu. Rindu kenangan, rindu cikgu, rindu menggila dgn besties semua rindu lah pokoknya. Aku still tak caya umur aku dah 18. Dulu pon aku tak caya aku 17 so masalahnya adalah aku. Haha jadi acane aku nak bebaskan diri aku dr masa lalu dan pandang ke hadapan? Aku betul rasa baru semalam masuk sekolah menengah. Aku kena move on kan jgn ingat org bercinta je boleh move on okay!

  Walaupun gbr tu mmg obviously takda kena mengena tapi serius aku suka ayat die. Sekarang aku rasa nervous risau gelabah dan macam2 mengenangkan result SPM aku. Aku terbaca dr blog a girl from 1997 cerita pengalaman die dan aku start nervous. Mmg hidup gaya penulisan dia so woww aku tawakal je aku dah buat yg terbaik dan sehabis boleh.

   Oklah nak tidur dah. Assalam!


 
originally edited by the owner